Friday, 25 August 2017


   



      KOD DAN NAMA KURSUS:     DUA2052 PERUNDANGAN DALAM ISLAM
      TAJUK :                                       ABU AL-ABBAS AS-SAFFAH      
       NAMA PENSYARAH :              PUAN SITI NURFARHANA  BINTI ZAKARIA

      


   NAMA
 NO MATRIK
SITI RAHMAH BINTI NAFRI
10DIB16F2029
SUGHSENI A/P RAUCHANTHIRAN
10DIB16F2027
NUR KAMALIA BINTI NAZRI
10DIB16F2007
AZIMAH BINTI ABDUL KARIM
10DIB16F2013


ABU AL-ABBAS AL-SAFFAH

PENGENALAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Selamat datang ke blog kami yang bertajuk “Abu al-abbas al-Saffah”. Kami merupakan pelajar semester dua  Diploma Kewangan dan Perbankan  islam Politeknik Seberang Perai.Setinggi-tinggi kesyukuran  ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah kami dengan jayanya dan sempurna.

Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana memberikan kesihatan yang baik dan memberi peluang kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada pensyarah kami Pn Siti Nurfarhana Binti Zakaria kerana telah memberi tunjuk ajar, memberi panduan dan pendedahan bagi kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Tanpa nasihat daripada beliau kami pasti tidak dapat menyempurnakan tugasan ini mengikut keperluan dan tempoh masa yang ditetapkan. Beliau juga telah memberikan banyak penerangan untuk memastikan agar kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Seterusya tidak lupa juga kepada semua ahli kumpulan kami dimana telah bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan dedikasi. Kerjasama daripada semua ahli kumpulan adalah kami hargai.Ini adalah hasil kerja kami secara berkumpulan.Jadi kami berharap agar sekiranya terdapat kesalahan harap dapat dimaafkan. Kami telah melakukan yang terbaik dan penuh berhati-hati. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami kerana telah membantu kami dalam pelbagai aspek agar kami dapat menyiapkan tugasan ini.

Sekian Terima Kasih.








LATAR BELAKANG ABU AL-ABBAS AL-SAFFAH


Abu al-Abbas al-Saffah merupakan khalifah pertama dari Bani Abbasiyah. Beliau dikenali dengan nama sebutan Abu al-Abbas, iaitu Abdullah Bin Muhammad Bin Ali Bin Abdullah bin Abbas Bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Beliau dilahirkan pada tahun 108H, dan ada pula pendapat sesetengah ulama yang mengatakan bahawa beliau dilahirkan pada tahun 104H di Al-Humaimah iaitu sebuah tempat di al-Baqa;. Beliau dibesarkan di sebuah tempat yang dikenali sebagai khalifah di Kufah. Ibunya bernama Raithah al-Haritsiyyah.

Abu al-Abbas telah memerintahkan kerajaan Bani Abbasiyah iaitu selama 5 tahun. Bermula pada tahun 750M-754M di Kufah. As-Saffah juga dikenali dengan seorang yang dermawan. Hal ini kerana , beliau tidak pernah memungkiri janji dan beliau juga tidak pernah meminta diri untuk beransur pulang sekiranya beliau belum memberi apa yang telah beliau janjikan.

Di saat As-saffah diangkat menjadi seorang khalifah,banyak orang terdiri daripada kalangan Bani Ummayah dan tenteranya yang terbunuh serta jumlahnya tidak dapat dikenalpasti. Pada waktu itu, bermula penyatuan kerajaan-kerajaan di bawah kawasan Bani Abbasiyah.

Abu al-Saffah meninggal dunia pada bulan Zulhijjah tahun 136H disebabkan oleh penyakit cacar.Setelah kematian beliau ,adiknya Abu Ja'far telah diangkat untuk menggantikan abangnya. Pada tahun 134H,pusat pemerintahanya telah berpindah dari Kufah ke Ambar.