LATAR BELAKANG ABU AL-ABBAS AL-SAFFAH
Abu al-Abbas al-Saffah merupakan khalifah pertama dari Bani Abbasiyah. Beliau dikenali dengan nama sebutan Abu al-Abbas, iaitu Abdullah Bin Muhammad Bin Ali Bin Abdullah bin Abbas Bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Beliau dilahirkan pada tahun 108H, dan ada pula pendapat sesetengah ulama yang mengatakan bahawa beliau dilahirkan pada tahun 104H di Al-Humaimah iaitu sebuah tempat di al-Baqa;. Beliau dibesarkan di sebuah tempat yang dikenali sebagai khalifah di Kufah. Ibunya bernama Raithah al-Haritsiyyah.
Abu al-Abbas telah memerintahkan kerajaan Bani Abbasiyah iaitu selama 5 tahun. Bermula pada tahun 750M-754M di Kufah. As-Saffah juga dikenali dengan seorang yang dermawan. Hal ini kerana , beliau tidak pernah memungkiri janji dan beliau juga tidak pernah meminta diri untuk beransur pulang sekiranya beliau belum memberi apa yang telah beliau janjikan.
Di saat As-saffah diangkat menjadi seorang khalifah,banyak orang terdiri daripada kalangan Bani Ummayah dan tenteranya yang terbunuh serta jumlahnya tidak dapat dikenalpasti. Pada waktu itu, bermula penyatuan kerajaan-kerajaan di bawah kawasan Bani Abbasiyah.
Abu al-Saffah meninggal dunia pada bulan Zulhijjah tahun 136H disebabkan oleh penyakit cacar.Setelah kematian beliau ,adiknya Abu Ja'far telah diangkat untuk menggantikan abangnya. Pada tahun 134H,pusat pemerintahanya telah berpindah dari Kufah ke Ambar.
No comments:
Post a Comment