Friday, 25 August 2017

Antara faktor kejayaan pemerintahan beliau ialah mempraktikkan prinsip al-musawammah dalam pengurusan pemerintahannya.Berikan tiga contoh pelaksanaan ini dalam pemerintahan beliau.

   Al-Musawammah membawa maksud persamaan. Persamaan yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah mengenai persamaan taraf dan kedudukan setiap pentadbir,pengurus atau setiap individu di sisi undang-undang atau peraturan dalam memperolehi hak-hk asasi pada taraf atau status kemanusiaan.Semua manusia berasal daripada satu keturunan yang sama dan hanya berbeza dari sudut amalan , tanggungjawab dan taqwaan sahaja .
    
     Tiga contoh  pelaksanaan prinsip ini pemerintahaan beliau ialah tanggungjawab terhadap undang undang . Semua manusia terikat dengan peruntukan undang undang yang sama tanpa di bezakan bangsa ,keturunan pangkat, warna kulit dan lain lain .Undang undang ini sama sekali tidak dibenarkan untuk di gubal ianya hanya untuk dikuatkusakan kepada golongan atau bangsa tertentu sahaja .

     Selain itu, tanggungjawab terhadap hukuman . Setiap manusia mesti bertanggungjawab terhadap hukuman .Setiap manusia mesti bertanggungjawab dengan hukuman yang telah di jatuhkan tanpa mengira kedudukan ,taraf warna kulit ,bangsa ataupun keturunan seseorang . Semua manusia juga terikat dengan undang -undang , peraturan dan hukuman yang sama . Hukuman ini tidak boleh dijatuhkan berbeza dengan mengikut taraf dan darjat seseorang .

    Akhir sekali ,agihan dan penerimaan kemudahan -kemudahan .Sebagaimana yang telah kita  fahami harta yang telah diiktiraf sebagai harta awam ialah  seperti sekolah ,hospital jalan raya serta taman permainan dan sebagainya haruslah di kongsikan dan dimanfaatkan  bersama .Penafian terhadap hak ini juga  akan menimbulkan konflik sosial yang boleh  mengakibatkan kesan negatif seperti rusuhan kaum dan tunjuk perasaan .

No comments:

Post a Comment