Prinsip Ubbudiyah memainkan peranan yang penting dalam menentukan hala tuju pengurusan islam. Nyatakan bagaimana beliau menggunakan prinsip ini dalam pemerintahannya.
Prinsip ubudiyyah memainkan peranan yang penting dalam menentukan hala tuju pengurusan islam. Al ubudiyyah ialah prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah. Ubudiyyah ini merujuk kepada sifat pengabdian diri seseorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah. Oleh itu, seluruh kegiatan seseorang individu dan juga seluruh kegiatannya di dalam organisasi perlulah diikat dengan pengabdian diri dengan Allah. Islam mempunyai konsep dan pengertian yang jelas tentang hubungan sesama manusia dengan Allah sebagai pencipta alam seluruhnya. Pandangan Islam tentang ketuhanan berasaskan konsep ibadat kepada Allah, yang mementingkan peranannya kepada keimanan yang mutlak kepada Allah. Ia membawa maksud patuh kepada suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya. Beriman dengan Keesaan Allah merupakan landasan pengabdian seseorang Islam terhadap Tuhannya. Dalam konteks organisasi, konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat mencorakkan pembentukan individu warganya, serta juga membentuk hala tuju budaya organisasi tersebut.
Cara Abu al Abbas al Saffah menggunakan prinsip ini dalam pemerintahannya ialah Dalam pemerintahan Abu al Abbas, ia menjadikan bandar abbas sebagai ibu kota negara itu. Ia juga disebabkan dengan usaha untuk menyatupadukan dan untuk menguatkan tiang-tiang agama. Pada saat itu, belum sepenuhnya stabil, oleh kerana dia tidak banyak memberikan tumpuan terhadap masalah penaklukan wilayah kerana pertempuran di kawasan Turki dan Asia tengah terus bergolak. Oleh kerana itu, pemerintahan abu al abbas as saffah bersandarkan pada dua aspek utama iaitu:
1. Keluarganya mempunyai bapa saudara, saudara-saudara, dan anak-anak saudara dalam jumlah yang besar. Mereka menyerahkan kepimpinan dan pemerintahan wilayah kepadanya, demikian juga dalam masalah nasihat dan musyawarah.
2. Abu muslim Khurasani. Beliau adalah panglima perang yang paling berjasa dalam kerajaan Bani Abbasiyah . Dengan kekuatan dan tekadnya yang kukuh, dia mampu menakluki Khurasan dan Iraq sehingga membuka jalan yang lapang bagi penubuhan kerajaan bani abbasiyah
No comments:
Post a Comment