PENGENALAN
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Selamat datang
ke blog kami yang bertajuk “Abu al-abbas al-Saffah”. Kami merupakan pelajar
semester dua Diploma Kewangan dan Perbankan
islam Politeknik Seberang Perai.Setinggi-tinggi
kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan
limpah kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh
pensyarah kami dengan jayanya dan sempurna.
Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana memberikan kesihatan yang baik dan memberi peluang kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada pensyarah kami Pn Siti Nurfarhana Binti Zakaria kerana telah memberi tunjuk ajar, memberi panduan dan pendedahan bagi kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Tanpa nasihat daripada beliau kami pasti tidak dapat menyempurnakan tugasan ini mengikut keperluan dan tempoh masa yang ditetapkan. Beliau juga telah memberikan banyak penerangan untuk memastikan agar kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Seterusya tidak lupa juga kepada semua ahli kumpulan kami dimana telah bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan dedikasi. Kerjasama daripada semua ahli kumpulan adalah kami hargai.Ini adalah hasil kerja kami secara berkumpulan.Jadi kami berharap agar sekiranya terdapat kesalahan harap dapat dimaafkan. Kami telah melakukan yang terbaik dan penuh berhati-hati. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami kerana telah membantu kami dalam pelbagai aspek agar kami dapat menyiapkan tugasan ini.
Sekian Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment