Abdullah bin muhammad bin ali bin abdulkah bin abbas adalah khalifah
pertama pemerintahan bani abbasiyah. Beliau dilahirkan di hamimah, ibunya iaitu Rabtah binti ubaidullah al haritsi dan ayahnya ialah Muhammad bin ali abul abbas. Beliau adalah seorang yang bermoral tinggi
dan taat sehingga beliau disegani dan dihormati oleh kaum
kerabat-kerabatnya. Dia digelar dengan gelaran as saffah.
Sebab dinamakan kerajaan Bani Abbasiyah kerana para pengikutnya adalah terdiri daripada keturunan al-Abbas pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.Zaman ini didirikan oleh Abdullah al-Saffah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah Ibnu Abbas.
Pada mulanya ibu kota negara ini ialah al-Hasyimah di Kufah.Namun begitu, mereka telah berpindah ke Baghdad bagi memantapkan dan menjaga kestabilan dan keharmonian negara.Dengan demikian pusat pemerintahan Kerajaan Abbasiyah berada di tengah-tengah bandar Parsi. Pada masa pemerintahan beliau juga telah berlakunya perkembangan seperti wujudnya perpustakaan dan akedemi.
Pada saat akhir Kerajaabn Abbasiah mula mengalami kemunduran terutama dalam bidang politik dan akhirnya membawa kepada perpecahan yang menjadi sejarah yang tersemat pada kerajaan Abbasiyah ini.
No comments:
Post a Comment